Assalamualaikum! :D
Fuhhhhh~ Dah berhabuk dah blog saya, lama xjenguk. Hehe.
Hari ini saya nak berbicara tentang MATANG. :)
MATANG? Binatang apelah agaknye ye? Haha.
Dulu saya sering tercari2 apa tu sifat matang.
Sampai pernah terfikir nak mengubah diri saye completely menjadi matang.
Saya ingatkan matang tu seorang yang berperangai dewasa, xleh berperangai macam budak2, kena serius sentiasa, buat kerja mesti perfect, kena pandai bual ngan orang2 tua, kalau xmatang xleh kahwin dan macam2 lagilah.
Tu dululah, lamaaaaaaaaaa dulu. Padahal xdelah lama sangat. Haha.
Tapi disebabkan saya xmampu nak mengubah diri saya yang perangai macam budak2 nie.
Saya terus give up nak jadi matang dah dan teruskan kehidupan seperti biasa.
Xpayah nak MATANG sangatlahhhhhhhh~ HAHA! :D
TIBA2! jeng jeng jeng~
2 tahun selepas kejadian yang di atas. (apa yang aku merepek nie? Haha.)
Ada seseorang bertanyakan kat saya adakah saya dah matang.
Saya pun macam speechless nak jawab.
Adakah pengalaman yang aku dapat, ilmu yang aku timba, kesusahan yang dapat aku tempuh dah menjadikan aku seorang yang MATANG?
Jadi aku pun bertanyakan sahabat2ku yang bijaksana lagi comel belaka. :)
Nielah antara pendapat diorang tentang matang :
1. Hajar Tahir
- Matang tu, kalau pemikiran, dpt beza baik buruk.
- Orang dakwah sangat memerlukan sifat matang. Kalau die garang2 suruh org jaga diri, tiba2 die buang air pun xflush, xmatanglah.
- Kalau matang perangai, die macam mak2, ayah2, tegas.
- Perangai xmatang xpe lagi. Fikiran xmatang susahlah.
- Boleh fikir baik buruk.
- Berpandangan jauh.
- Berdikari. Xmenyusahkan orang lain.
- Lebih banyak selesaikan masalah dari buat masalah.
- Berdasarkan pengalaman bila kita rasa diri kita pernah matang.
- Banyak beri solusi dari mengkritik.
- Matang ni banyak kategori. Matang dari segi perangai, buat keputusan, rupa paras & banyak lagi. Terpulang kepada individu mcm mana nak defined matang tu.
- Deela boleh cakap matang kat sini dah capai tahap dewasa jeq la.
- Ada orang perangai dia xmatang tapi pemikiran dia matang.
- Ada sesetengah orang xnak tunjuk yang dia nie boleh berfikir dengan matang so dia hide dengan perangai dia. Sebab ada sesetengah perspektif orang cakap bila matang selalu fikir serius je. Xleh main2.
- Xpun memang orang tu dia punya nature perangai macam budak2 tapi bila bab buat keputusan/handle problems memang superb.
- Kita boleh nilai diri kita tapi hasilnya xmacam orang lain nilai kita. Ada benda yang kita xnampak, orang lain nampak.
- Matang tu bukan pada muka.
- Matang tu bila someone dah boleh beza antara baik buruk.
- Pastu boleh buat keputusan dengan bijak.
- Kematangan boleh diukur bila someone tu mampu memimpin dengan baik.
- Matang tu xsemestinya tiap2 masa.
- Tiap2 orang akan tengok matang tu dalam erti yang berbeza2. Kadang2 kita pun xperasan apa yang kita buat orang nampak kita matang.
- Matang maksudnya bila seseorang tu boleh secara keseluruhannya bezakan antara sesuatu yang baik dan yang buruk, yang hak & batil. Keseluruhan kat sini maksudnya dari segenap aspek dalam kehidupan dia.
- Tahap kematangan nie sebenarnya tak mengira umur atau kepandaian seseorang.
- Seseorang tu boleh jadi matang sekejap, dan sekejap lagi bersikap tak matang.
- Jadi, pendapat saya, takde orang yang boleh bersikap matang all the times. Kecuali orang tu melakukan setiap perkara dalam hidup dia berlandaskan keimanan. Tapi, jarang kan nak jumpa orang macam nie zaman skrng?
- Tapi kena pandai balancekan. Enjoy 30% cukup. 70% lagi kena matang. Baru hidup teratur.
- Setiap orang ade definisi matang yang berbeza lahh.
- Akhlak ok.
- Emosi stabil.
- Secara am ia lebih kepada cara pemikiran kita, perwatakan kita & cara kita menghadapi & menyelesaikan sesuatu konflik.
- Kadang2 fikir secara matang kita boleh jumpa jalan penyelesaian.
- Maksud matang nie kira macam berlapang dada, x emo2 sangat macam kanak2 ribena, pastu selesaikan secara berhikmah gitu which mean xmemburukkan mana2 pihak.
- Apa pun pengalaman yang mematangkan kita. Terpulang kat kita nak carinya.
- Faktor usia xpenting.
- Matang dari segi fikiran,
- dapat beza baik buruk.
- Xbuat keputusan terburu2.
Ambik ang! Haha. Macam2 pendapat tentang MATANG.
Kebanyakan pendapat orang tentang matang selalunya pandai beza baik buruk.
Tulah perkara yang paling basic dalam kematangan.
Kalau sape2 yang dah besar2 nie xtau mana yang baik & buruk jangan haraplah nak jadi matang. :)
Akhir kata,
Alhamdulillah dah 20 tahun saya hidup, saya dah mula mengerti apa itu sifat kematangan.
Kematangan xsemestinya mengubah diri kita kepada seorang yang serius bagai.
Pada pendapaat saya, asalkan kita sentiasa muhasabah diri kita kepada Allah, pandai beza baik buruk, tenang dalam menghadapi ujian Allah, mampu berdikari dan memandang jauh ke hadapan.
Kita mampu menjadi seorang yang matang. :)
Terima kasih kerana sudi membaca. :)
No comments:
Post a Comment